suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat sungai di Selangor catat bacaan melebihi paras bahaya

Beberapa kawasan di Hulu Selangor terjejas akibat banjir kilat pada Isnin. Foto: Bomba Malaysia

AIR di empat sungai di Selangor mencatatkan bacaan melebihi paras berbahaya susulan hujan lebat.

Empat sungai berkenaan adalah Sungai Klang, Sungai Batang Kali dan Sungai Tengi di Hulu Selangor serta Sungai Langat di Kuala Langat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk di Selangor dinasihati waspada ancaman banjir akibat air pasang

Sementara itu, kira-kira 120 mangsa dipercayai terjejas akibat banjir kilat di Kampung Jawa, Kampung Pasir dan estet Sungai Dua Kerling di Hulu Selangor pada Isnin (16 Mei).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata setakat pukul 4.25 petang, operasi menyelamat masih diteruskan melibatkan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru.

Norazam berkata, operasi menyelamat turut disertai pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dan Zon 6.

Tambahnya, pihaknya akan terus memantau keadaan banjir kilat bagi memastikan tiada mangsa yang tercicir. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain