suria

Buat hal dalam bulan Ramadan, 2 lelaki ditangkap selepas larikan motor rider penghantar makanan

Polis dari Tawau dengan bantuan anggota polis bantuan menahan kedua-dua suspek dalam serbuan berasingan di sebuah ladang. (Gambar Hiasan)

POLIS menahan dua lelaki kerana didakwa merampas motosikal daripada seorang penghantar makanan di Tawau, Sabah.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kedua-dua suspek ditahan di sebuah ladang tempat mereka bekerja di kawasan Bombalai pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang ‘rider’ tak fokus, nyaris hentam belakang lori sebab tahan lapar... Ridhuan Tee ada pesanan kalau mahu ponteng puasa

Polis menemui semula motosikal itu pada hari yang sama, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, suspek yang merupakan pekerja asing berusia 31 dan 33 tahun pada mulanya membuat pesanan makanan dihantar ke deretan kedai di Taman Semarak, Tawau, pada 11.30 pagi Isnin.

“Apabila mangsa (rider) tiba, seorang daripada suspek mengugut mangsa dan seorang lagi mengarahkannya turun dari motosikalnya.

“Mangsa akur dan kedua-duanya melarikan diri menaiki motosikal,” katanya sambil menambah mangsa kemudian membuat laporan polis pada 1.20 pagi Selasa.

Selepas laporan dibuat, sepasukan polis dari Tawau dengan bantuan anggota polis bantuan menahan kedua-dua suspek dalam serbuan berasingan di ladang berkenaan. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain