suria

Ramadan kali ini bawa sinar berbeza, peniaga bazar bersyukur kehadiran pelanggan meningkat

Hazrin dan ibunya Hayati Md Taib menjual pulut mangga di bazar Ramadan.

PENIAGA bazar Ramadan di Johor menyaksikan peningkatan kehadiran pelanggan berikutan pembukaan semula sempadan dengan Singapura dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Syed Mohd Ghazafi Syed Abu Bakar, 50, yang merupakan penganjur empat bazar Ramadan di sekitar Johor Bahru dan Kulai berkata, kehadiran orang ramai ke bazar di Adda Heights pada hari pertama Ramadan (Ahad) amat menggalakkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada sekatan buka bazar Ramadan tahun ini, SOP akan diumumkan nanti - PM

“Kami melihat orang ramai datang seawal jam 4 petang walaupun hujan lebat sejam sebelum itu.

“Sekitar jam 5.30 petang, lebih ramai orang mula datang. Kami menjangkakan lebih ramai pengunjung dalam beberapa minggu akan datang,” katanya..

“Orang ramai lebih berkeyakinan untuk pergi ke tempat sesak seperti bazar Ramadan sekarang kerana ramai orang telah menerima suntikan penggalak Covid-19 mereka.

"Pembukaan semula sempadan Johor Bahru-Singapura juga bermakna mereka yang berada di seberang Tambak kini boleh menikmati makanan di bazar kami," katanya.

Hazrin Sharuddin, 32, yang menjual pulut mangga berkata, dia gembira melihat lebih ramai pelanggan di gerainya.

“Saya percaya perniagaan akan meningkat sekurang-kurangnya 40 peratus tahun ini terutama dalam dua minggu terakhir sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Memandangkan sempadan baru dibuka beberapa hari lalu, saya rasa ia akan mengambil sedikit masa untuk rakyat Singapura datang ke Johor. Buat masa ini, kebanyakan pelanggan kami tinggal berhampiran,” katanya.

Hanafi Abustar, 50, yang menjual lemang berkata, beberapa hari pertama dan beberapa hari terakhir Ramadan biasanya menjadi tumpuan peniaga.

“Orang ramai pada beberapa hari pertama Ramadan tahun lepas cukup menggalakkan dan ia adalah baik untuk melihat keadaan bertambah baik tahun ini,” katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain