suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada sekatan buka bazar Ramadan tahun ini, SOP akan diumumkan nanti - PM

SOP bazar Ramadan akan diperhalusi dan diumumkan kemudian.

TIADA sekatan dikenakan ke atas aktiviti ekonomi termasuk bazar Ramadan tahun ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata prosedur operasi standard (SOP) bazar itu akan diperhalusi dan diumumkan kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau satu atau dua bulan Omicron ni turun, Selamat Hari Raya Aidilfitri” - KJ

“Kami tidak akan tutup mana-mana perniagaan sama ada raya, bulan puasa, pasar Ramadan, pasar malam, ia tetap dibuka seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Keluarga Malaysia Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur pada Ahad.

Awal bulan ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dibenarkan beroperasi tahun ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain