suria

Seledup 10 PATI dalam kereta Proton Waja

Dua lagi PATI Myanmar sanggup bersembunyi di bahagian bonet kereta.

UMPAMA tin sardin.

Demikian gambaran situasi 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang dibawa menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja.

Bagaimanapun, cubaan menyeludup kesemua PATI tersebut termasuk seorang wanita di jalan pintasan Pasir Mas Kelantan berjaya dipatahkan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Seludup dadah dalam permainan kanak-kanak, 3 suspek ditahan

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya juga berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai bertindak sebagai tekong darat pada jam 3 pagi.

"Semasa melakukan rondaan rutin menggunakan pacuan empat roda, sepasukan anggota Batalion 7 terserempak dengan Proton Waja tersebut yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota bertugas kemudian bertindak menahan kenderaan tersebut untuk tujuan pemeriksaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

PGA Kuantan berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang membawa 10 PATI warga Myanmar, termasuk seorang wanita di jalan pintasan Pasir Mas, Rantau Panjang pada Isnin.

PGA Kuantan berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang membawa 10 PATI warga Myanmar, termasuk seorang wanita di jalan pintasan Pasir Mas, Rantau Panjang pada Isnin.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menjumpai lapan PATI Myanmar berada di dalam Proton Waja tersebut manakala dua lagi bersembunyi di bahagian bonet kereta.

"Tujuh daripada mereka tidak mempunyai pengesahan masuk ke negara ini manakala selebihnya tidak mempunyai sebarang dokumen diri.

"Kesemua PATI termasuk tekong darat warga tempatan serta kenderaan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut," katanya.

Azhari berkata, kes disiasat bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain