suria

Perut terburai, mulut dan hidung berdarah... 20 kucing mati disyaki diracun

Kucing mati dipercayai dianiaya

KIRA-KIRA 20 ekor kucing mati dengan keadaan perut terburai dan mempunyai kesan lebam di sekitar Pantai Bukit Keluang Besut, Terengganu.

Kejadian yang berlaku pada Ahad, dipercayai akibat perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Aniaya kucing peliharaan, Kurt Zouma disiasat polis

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya Kurt Zouma, 5 bintang sukan turut kejam terhadap haiwan

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan sekitar jam 10 pagi pada Ahad memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati terdapat beberapa ekor kucing mati di sekitar pantai tersebut di mana dua daripadanya mati berdekatan pesisiran pantai manakala 13 ekor lagi mati di atas tanah berdekatan pokok," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Abdul Rozak, pengadu percaya kematian kucing-kucing itu berpunca daripada perbuatan khianat oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab.

"Terdapat kesan lebam biru pada perut kucing, darah pada mulut dan hidung serta ada yang terburai perut.

"Sebanyak 15 ekor kucing telah mati manakala dua ekor kucing masih hidup namun dalam keadaan kesakitan.

Kucing yang telah mati itu telah ditanam di kawasan tersebut," katanya. - Sinar harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain