suria

Toyota Hilux hilang kawalan sebelum masuk laluan bertentangan, 4 individu dalam Hyundai Starex maut

Empat mangsa meninggal dunia dalam kejadian itu. Foto: Bomba KL.

NGERI.

Begitulah gambarannya mengenai kemalangan maut yang berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar di ibu negara pada Ahad pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: U-turn di plaza tol sebelum pandu lawan arus, lelaki bawa Perodua Axia maut akibat cedera parah pada bahagian dada

Dalam kejadian itu, empat mangsa yang terdiri daripada dua individu dewasa dan dua kanak-kanak meninggal dunia akibat rempuhan yang berlaku antara dua buah kereta.

Mangsa, Milan Damani Paresh, 32, Tinisha S Chanderasegaran, 31, Ishaan Ivaan Damani, 3, dan Rihaan Ivaan Damani, 4, meninggal dunia.

Menurut kenyataan, sebuah Toyota Hilux hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan, menyebabkan ia bertembung dengan Hyundai Starex yang dinaiki empat mangsa.

bomba1

Hyundai Starex yang remuk dalam kejadian itu.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Toyota Hilux dan Hyundai Starex.

"Kejadian kemalangan berlaku disebabkan Toyota Hilux telah hilang kawalan dari laluannya (menghala ke Seremban) memasuki arah bertentangan (menghala ke Parlimen) dan menyebabkan bertembung dengan Hyundai Starex.

"Rempuhan itu menyebabkan empat orang mangsa di dalam kereta Hyundai Starex telah meninggal manakala pemandu Toyota Hilux mengalami kecederaan cedera ringan.

"Kesemua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan Hyundai telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pihak hospital dan polis untuk tindakan," ujar komander operasi Hamdan Samad.

Pemandu Toyota Hilux, Aliff Asraf Abu, 27, mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital sebelum bomba tiba ke lokasi kejadian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain