suria

Syukur... rakyat Malaysia di Ukraine selamat tiba di sempadan Poland, kembali ke tanah air tak lama lagi

Seramai sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka dan seorang warga Singapura selamat dibawa keluar dari negara itu.

NASIB rakyat Malaysia yang berada di Ukraine menjadi tanda-tanya sejak Rusia melancarkan serangan ke atas negara itu, Khamis lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, seramai sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka dan seorang warga Singapura selamat dibawa keluar dari negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi negara tercinta, bekas ratu cantik Ukraine sanggup sertai pasukan tentera... mahu lawan Rusia

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kesemua mereka dari Kiev berjaya sampai ke Korczowa-Krakovets yang merupakan sempadan negara Ukraine dengan Poland.

"Alhamdulillah, konvoi yang memindahkan sembilan rakyat Malaysia dan dua tanggungan mereka serta seorang warga Singapura dari Kyiv yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Urkaine, Cik Fadhilah Daud telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dengan Poland.

"Konvoi tersebut telah disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Poland. Mereka sedang menuju ke Warsaw pada waktu ini dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat," ujarnya.

Saifuddin berkongsi perkembangan itu menerusi laman Facebook dan Twitter miliknya pada Ahad pagi.

Beberapa foto turut dikongsi dalam posting sama.

Khamis lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan "operasi ketenteraan khas" di Ukraine.

Ketegangan terhadap Ukraine telah memuncak sejak berbulan-bulan dan mula meruncing minggu lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain