suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis kanak-kanak maut jatuh tingkat 10 kuarters polis

Kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10.

SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 bangunan kuarters polis dekat Kajang, pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, insiden berlaku di kuaraters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.

"Kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat 10 dan ditemui tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan menaiki ambulans Briged Tengah PGA.

"Bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di HUKM pada pukul 9.45 pagi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian dan mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Mohd Zaid turut mengesahkan mangsa yang merupakan anak anggota polis dikatakan berseorangan di rumah ketika kejadian.

"Orang ramai ada maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Mohd Zaid menasihatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan anak bawah umur bagi mengelakkan kejadian buruk.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain