suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nurul Izzah positif Covid-19 - “Bukan situasi mudah untuk dilalui”

Nurul Izzah (gambar fail) kini menjalani kuarantin kendiri. foto FAIHAN GHANI/The Star

AHLI Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar disahkan positif Covid-19.

Beliau berkata, ujian laporan PCR menunjukkan dirinya positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri sejak 6 Februari lalu.

"Kami akan meneruskan Home Surveillance Order (HSO) dan melakukan yang terbaik bagi melindungi Safiyah (anak) daripada terkena jangkitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin positif Covid-19, alami gejala ringan

"Selain daripada simptom ringan biasa (lesu, hidung berair dan sakit otot atau sendi), Alhamdulillah kami dalam keadaan baik," katanya menerusi laman Facebook beliau, petang Khamis.

Nurul Izzah bagaimanapun berkata, Covid-19 ternyata bukan situasi mudah untuk dilalui.

"Ia mengimbau memori ketika saya mengalami demam denggi, walaupun tidak begitu teruk untuk dibandingkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, amat penting untuk semua pihak terus dilindungi menerusi vaksinasi.

"Syukur, kita semua telah berjaya melengkapkan dos vaksinasi dan saya berharap agar kesemua kita dapat diberikan tahap perlindungan yang sama, insya-Allah.

"Kami telah mengemaskini status harian menerusi MySejahtera, termasuk video latihan pernafasan dan penggunaan oksimeter yang betul," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia