suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada perubahan, harga minyak kekal hingga 9 Februari

Harga runcit diesel juga tidak berubah pada RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM3.12 seliter, mulai Khamis hingga 9 Februari, kata Kementerian Kewangan.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kementerian itu berkata harga runcit diesel juga tidak berubah pada RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.

"Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan," katanya.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak global.

Kenyataan itu juga berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global, dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain