suria

“Saya sewa saja...” - Syed Saddiq perjelas dakwaan miliki banglo mewah, cabar buat siasatan

Syed Saddiq membuat penjelasan mengenai dakwaan mengatakan dia memiliki banglo mewah.

PRESIDEN Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan beliau memiliki banglo mewah bernilai jutaan ringgit.

Bekas menteri belia dan sukan itu berkata, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan ia sengaja disebarkan kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin hampir.

Membuat penjelasan menerusi satu video di Facebook, Syed Saddiq berkata dia sebaliknya telah menyewa banglo itu sejak berkhidmat sebagai menteri kabinet.

ARTIKEL BERKAITAN: Seleweng dana parti politik: Syed Saddiq dakwa pertuduhan bermotifkan politik

Beliau turut membuat 'tour' di banglonya dan memaklumkan rumah terbabit digunakan sebagai tempat pertemuan Muda, memandangkan parti itu belum mempunyai pejabat lagi.

"Bila jadi menteri dulu, saya tolak tanah.. saya tolak banglo dekat Putrajaya. Saya sewa saja rumah dan pada masa yang sama, saya merupakan menteri pertama yang mengisytiharkan segala aset.

"Dan segala kontrak di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi tender terbuka. Tak ada kepada kroni," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar itu turut mengalu-alukan sebarang siasatan ke atas dirinya.

"Sebab itu saya tak takut. Saya tak ada kereta mewah, rumah mewah, jam tangan mewah, saham berjuta-juta secara haram. Yang saya ada, hanya iltizam untuk ubah Malaysia.

"Berani kerana benar. Nak siasat, siasatlah. Saya seru kita semua bangkit dari politik lapuk," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

banglo mewah, Syed Saddiq, PRN Johor

Artikel Lain