suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh 2 ekor T-Rex naik lori, ‘bersiar-siar’ di Jambatan Pulau Pinang

Kelibat dua ekor T-Rex mengejutkan pengguna jalan raya yang melalui Jambatan Pulau Pinang. Kredit: Media Sosial

SEJAK Isnin, heboh di media sosial mengenai sebuah video yang menunjukkan dua ekor 'dinosaur' menaiki sebuah lori di Jambatan Pulau Pinang.

Warga Pulau Mutiara pastinya terkejut apabila melihat haiwan prasejarah yang dikenali sebagai T-Rex itu diangkut ke The Top Komtar dan ditempatkan di tempat tarikan terbaharu di pulau itu,

Kelibat dua ekor T-Rex itu mengejutkan pengguna jalan raya dengan ramai yang menjenguk keluar dari tingkap kereta masing-masing untuk menyaksikan haiwan berkenaan lebih dekat.

Menurut Pengarah Operasi Top@Komtar, Kevin Lai, dinosaur berkenaan adalah gimik promosi syarikat tersebut.

"Kami membawa dinosaur menaiki lori bagi mempromosikan tarikan di The Top sekitar pukul 11 pagi Isnin (31 Januari).

"Tujuan utamanya adalah untuk menularkan gambar atau video dinosaur yersebut untuk mempromosikan pelancongan di Pulau Pinang," katanya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain