suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki mati ditembak di kondominium mewah ada beberapa rekod jenayah lampau

Mangsa dikehendaki polis dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

SEORANG lelaki mati ditembak di sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada malam Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai ditembak beberapa kali di tempat letak kereta yang terletak di tingkat tiga kondominium itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda maut ditembak 13 kali dalam pertempuran antara dua kumpulan

“Kami masih menyiasat bagaimana kejadian tembakan itu berlaku,” katanya.

Tambah beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam, Isnin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut motif di sebalik tembakan itu.

Difahamkan, mangsa dikehendaki polis dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain