suria

Seleweng dana parti politik: Syed Saddiq dakwa pertuduhan bermotifkan politik

Syed Saddiq akan didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis atas tuduhan menyeleweng dana parti politik.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Syed Saddiq mendakwa pertuduhan menyeleweng dana sebuah parti politik membabitkan jumlah RM1.2 juta yang dikenakan ke atasnya merupakan satu muslihat lain untuk memaksanya menyokong Perikatan Nasional (PN).

Syed Saddiq mengatakan bahawa dia telah menerima ugutan sedemikian sejak lebih setahun lalu.

Dakwanya, ugutan seumpama itu timbul setiap kali muncul isu undian di parlimen yang dijadualkan bersidang semula minggu depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pejabat Parlimen Muar diarah tutup, polis jelaskan Syed Saddiq hanya mohon agihan bantuan rumah ke rumah

"Setiap kali ada undian penting di parlimen, ugutan akan datang. Pada bulan Julai, Disember, Januari dan kini seminggu sebelum parlimen bersidang," katanya menerusi video yang dimuat naik di Twitter pada Rabu (21 Julai).

Syed Saddiq akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan menyeleweng dana sebuah parti politik membabitkan jumlah RM1.2 juta.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis (22 Julai).

Dia juga memaklumkan akan membuat pendedahan lanjut secara langsung (live) di Facebook dan Instagram pada pukul 8 malam Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pada saat-saat seperti ini saya teringatkan mengapa saya menyertai politik. Kebenaran akan terserlah. Saya lebih rela masuk mahkamah dari masuk Perikatan Nasional," katanya dalam video tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik (Muda), Amir Abd Hadi juga mengesahkan bahawa Syed Saddiq akan didakwa di mahkamah atas dakwaan penglibatannya dalam satu majlis makan malam pada 2018 bagi tujuan mengumpul dana untuk pilihan raya umum ke-14.

Amir mendakwa bahawa tuduhan mahkamah tersebut adalah usaha 'menekan' Syed Saddiq untuk menyokong PN ketika parlimen bakal bersidang semula dan sebelum Belanjawan 2021 dibentangkan. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain