suria

Tiada dokumen kebenaran, tiga lori bawa misi bantuan Ebit Lew ke pantai timur diarah berpatah balik

Ebit pada Isnin membuat hantaran di Instagram memaklumkan sebanyak 10 buah lori bantuan mula bergerak untuk menghantar keperluan asas seluruh Malaysia.

GARA-GARA tidak mempunyai dokumen kebenaran, tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Bentong pada awal pagi Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin panas! Ebit Lew akui ada bukti tepis tuduhan Nadir, Caprice... kalau tak balas akan menjadi-jadi - “Isteri, anak menangis macam saya ada kes besar”

Zaiham berkata, tiga buah lori seberat tiga tan membawa barangan muatan bagi misi kemanusiaan Ebit Lew ke pantai timur itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lori terbabit dalam perjalanan ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut," katanya.

Kesemua pemandu akur dengan arahan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan, tambahnya.

Zaiham juga berkata, sehingga pukul 5 petang Rabu tiada sesiapa daripada pihak pendakwah berkenaan tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Ebit pada Isnin membuat hantaran di laman Instagramnya, memaklumkan sebanyak 10 buah lori bantuan mula bergerak untuk menghantar keperluan asas seluruh Malaysia. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain