suria

Langgar SOP, 49 jemaah solat sunat Aidiladha ditahan

Kumpulan itu didakwa melakukan solat sunat Aidiladha di perkarangan sebuah surau pada Selasa.

SERAMAI 49 lelaki ditahan atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana menunaikan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Selasa.

Mereka tiba di Mahkamah Bukit Mertajam dengan menaiki tiga trak polis kira-kira 10.20 pagi, Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin Sinovac, Pfizer sama berkesan lawan Covid-19 - Dr Noor Hisham

Mereka terdiri daripada 48 warga Bangladesh berusia antara 20 hingga 43 tahun yang direman selama empat hari.

Seorang lagi lelaki tempatan berusia 64 tahun turut direman selama tiga hari.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, kumpulan itu didakwa melakukan solat sunat Aidiladha di perkarangan sebuah surau yang mana ia melebihi jumlah kedatangan yang dihadkan 100 orang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Mereka pada mulanya pergi ke surau untuk melakukan solat sunat itu, namun tidak dibenarkan masuk kerana melebihi had 100 individu.

Mereka kemudiannya berkumpul di kawasan luar dan melakukan solat di hadapan surau, berdekatan flat Taman Pelangi. - The Star.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain