suria

Naik semula... Malaysia catat 12,366 kes baharu Covid-19, 93 lagi kematian

Selangor kekal mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 12,366 kes baharu, pada Selasa.

Ia menjadikan keseluruhan 939,899 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 133,703 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 10,972 kes baharu Covid-19, 129 lagi kematian

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,524 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,580), Negeri Sembilan (970), Johor (793) dan Kedah (701).

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 93 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,241 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 7,567 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 798,955 kes.

"Sehingga kini, terdapat 924 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 448 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain