suria

Malaysia catat 10,972 kes baharu Covid-19, 129 lagi kematian

Selangor kekal mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 10,972 kes baharu, pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 927,533 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 128,997 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah kes menurun, Malaysia catat 10,710 jangkitan baharu Covid-19

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,404 kes, diikuti Negeri Sembilan (1,340), Johor (876), Kedah (705), Sabah (651) dan Kuala Lumpur (609).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 129 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,148 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 6,439 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 791,388 kes.

"Sehingga kini, terdapat 915 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 435 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain