suria

Hari Keputeraan Agong: Hanya majlis kesyukuran, doa selamat secara maya

Sambutan Hari Keputeraan Agong pada 30 Julai ini ditangguhkan ke suatu tarikh lain

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya sebarang acara atau sambutan sempena Hari Keputeraan baginda pada 30 Julai ini ditangguhkan ke suatu tarikh lain.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, hanya majlis kesyukuran dan doa selamat boleh dianjurkan secara virtual atau maya, selaras dengan situasi pandemik Covid-19 di negara ini dan Pahang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, Al-Sultan Abdullah turut bertitah agar tiada persembahan ucapan sempena ulang tahun keputeraan baginda diterbitkan di media cetak dan papan iklan pada tarikh berkenaan.

"Bagaimanapun persembahan ucapan boleh dibuat secara dalam talian di laman web jabatan, syarikat atau mana-mana medium yang tidak melibatkan sebarang kos," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Sallehuddin, baginda turut bertitah peruntukan bagi penerbitan persembahan ucapan tersebut sebaiknya disalurkan kepada tabung yang disediakan pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain