suria

Aidiladha: Awas! Polis tingkat pemeriksaan, pantau kawasan perumahan

Acryl Sani (gambar fail) mengingatkan masyarakat agar mematuhi SOP ketika musim perayaan. foto AZMAN GHANI/The Star

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang dikesan sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada musim perayaan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menasihatkan masyarakat agar mematuhi SOP, sempena Hari Raya Aidiladha pada Selasa.

"Pematuhan SOP yang ketat kunci kepada usaha melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19.

"Dalam menguat kuasakan pematuhan SOP, PDRM akan meningkatkan jumlah pemeriksaan," kata dalam satu kenyataan, pada Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, pasukan pemantau pematuhan akan digerakkan ke seluruh negara dengan memberi fokus kepada kawasan perumahan serta lokasi tumpuan awam.

"PDRM komited dalam mengambil tindakan tegas bagi memastikan SOP dipatuhi dan mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar SOP, akan diambil tindakan tanpa kompromi.

"Masyarakat diingatkan supaya tidak menjalankan aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjung atau merentas negeri atau daerah sepanjang musim perayaan," katanya.

Beliau berkata, sebarang pelanggaran SOP akan diambil tindakan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain