suria

Malaysia catat kematian harian tertinggi 199 kes! 11,985 jangkitan baharu Covid-19

Malaysia merekodkan 11,985 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 11,985 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 951,884 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 137,587 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 11,985 kes baharu yang dilaporkan, 11,978 kes merupakan penularan tempatan dan tujuh kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik semula... Malaysia catat 12,366 kes baharu Covid-19, 93 lagi kematian

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 5,550 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,174), Kedah (800), Negeri Sembilan (745) dan Johor (644).

Perlis pula merekodkan dua kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 199 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, sekaligus merekodkan angka kematian tertinggi setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,440 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 7,902 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 806,857 kes.

"Sehingga kini, terdapat 927 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 459 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain