suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 11 tahun cedera jatuh bangunan ketika keluarga sedang tidur

Kejadian itu berlaku ketika ahli keluarga yang lain sedang tidur.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengalami kecederaan di kepala selepas dia terjatuh dari tingkat tiga lot kedai di Maha City, Langkawi pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 8.15 pagi.

“Satu unit peronda motosikal dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ibu pejabat polis daerah Langkawi dihantar ke tempat kejadian,” katanya.

Shariman berkata, bapa kanak-kanak perempuan itu memberitahu polis bahawa kejadian itu berlaku ketika ahli keluarga yang lain sedang tidur.

“Mereka hanya menyedari gadis itu terjatuh selepas diberitahu oleh pengawal keselamatan di tingkat bawah,” katanya.

Tambah Shariman, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Maliha dengan ambulans untuk rawatan. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain