suria

Balik kampung sambut Aidilfitri akan dibenarkan, tiada lagi sekatan perjalanan - PM

Ismail Sabri (gambar fail) memberi penjelasan berhubung isu perjalanan rentas negeri. foto AZMAN GHANI/The Star

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan bahawa tidak akan ada lagi sekatan perjalanan dan 'balik kampung' sempena Hari Raya Aidilfitri akan dibenarkan.

Beliau berkata demikian selepas menyedari kebimbangan orang ramai sejak beberapa hari lalu, sambil memberi jaminan kepada rakyat bahawa sektor ekonomi dan sosial kembali seperti biasa.

Tambah beliau, ini termasuk perjalanan rentas negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: PM beri jaminan tiada lagi PKP selepas ini

"Saya nyatakan perkara ini sekali lagi kerana masih terdapat cakap-cakap bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) dan sekatan perjalanan akan dilaksanakan.

"Saya menerima banyak mesej di media sosial saya, menyuarakan kebimbangan mereka bahawa mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

"Jadi, izinkan saya katakan ini sekali lagi. Kerajaan tidak akan mengenakan PKP atau sekatan perjalanan. Oleh itu, perjalanan balik kampung untuk Hari Raya adalah dibenarkan," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri, pada Selasa.

Pada Ahad, Ismail Sabri berkata, tiada lagi sekatan perjalanan dan sekiranya terdapat peningkatan kes Covid-19, PKP Diperketakan (PKPD) akan dilaksanakan di kawasan bersasar.

"Jangan risau, kita tidak lagi mengenakan PKP di seluruh negara, negeri atau daerah.

"Kita akan memberi tumpuan kepada kawasan yang mempunya kes jangkitan tinggi dengan menguat kuasakan PKPD," katanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain