suria

Tiada lagi keperluan imbas suhu badan, hanya ‘scan’ MySejahtera - Khairy

KKM bersetuju untuk mengeluarkan pemeriksaan suhu daripada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. Gambar hiasan

INDIVIDU yang ingin memasuki mana-mana premis tidak lagi perlu mengimbas suhu, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan itu berkata, sebaliknya setiap individu hanya memadai dengan merekodkan butiran diri menerusi imbasan aplikasi MySejahtera.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masuk 10 kedai, 10 kali kena imbas suhu” - Kerajaan umum SOP baharu buat pengunjung pusat beli belah

"Kementerian Kesihatan (KKM) telah bersetuju untuk mengeluarkan pemeriksaan suhu daripada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

"Cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat mingguan Kuartet Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," kata Khairy pada sidang media di Parlimen pada Khamis.

Khairy berkata setiap individu bagaimanapun tetap perlu menunjukkan sijil vaksinasi sebelum memasuki premis kedai dan restoran.

"Dan pemilik premis juga perlu memastikan pematuhan jarak fizikal dan orang ramai memakai topeng pelitup muka apabila tidak makan.

"KKM juga mengesyorkan agar orang ramai menghidupkan ciri pengesanan bluetooth MySejahtera yang sangat berguna untuk pengesanan kontak.

"Ia tidak wajib tetapi sangat disyorkan. Ciri ini akan memberitahu anda jika anda adalah kontak kasual. Ia tidak bermakna anda perlu dikuarantin, sebaliknya hanya perlu memantau simptom pada diri," kata Khairy. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain