suria

Kenapa Majoriti jalin kerjasama dengan Perkeso?

Kerjasama Majoriti dan Perkeso termeterai menerusi MoU yang ditandatangani.

MAJORITI, portal baharu berbahasa Melayu telah menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk menawarkan kandungan menarik dan faedah eksklusif buat pembaca dalam kalangan pencarumnya.

Kerjasama itu dimeterai menerusi satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak yang telah ditandatangani di Menara Perkeso, pada Khamis.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow.

la disaksikan oleh Ketua Pegawai Komunikasi Perkeso, Izad Raya dan Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Eng Lee berkata, Majoriti mengkagumi usaha Perkeso yang sentiasa komited untuk menambahbaik mutu perkhidmatan kepada pencarumnya dan hasrat ini adalah sejajar dengan matlamat Majoriti iaitu untuk membawa nilai tambah kepada pembaca.

"Majoriti bersedia menyantuni orang ramai dengan membawakan pelbagai berita penting.

“Kerjasama dengan Perkeso dapat membantu kami berbuat demikian kerana mereka adalah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyedia dan mentadbir perlindungan keselamatan sosial kepada lebih tujuh juta pekerja di seluruh negara.

“Kami berharap pencarum Perkeso dapat menikmati pelbagai tawaran bermanfaat daripada kerjasama ini, malahan amat teruja kerana Perkeso bersetuju menjadi sebahagian daripada perjalanan awal Majoriti.

"Selain itu, kami berharap dapat meneroka lebih banyak cara untuk memberi ganjaran kepada pembaca kami," katanya.

Sementara itu, Izad berkata, kerjasama promosi antara Majoriti dengan aplikasi mudah alih terbaharu daripada Perkeso iaitu aplikasi Prihatin Perkeso merupakan suatu pendekatan yang menarik dan tepat pada masanya.

'"Perkeso berhasrat untuk menjadikan Prihatin Perkeso sebagai salah satu aplikasi mudah alih yang versatil dengan pelbagai fungsi.

“Bukan hanya menawarkan kemudahan untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini mengenai caruman, aplikasi ini juga boleh digunakan oleh pencarum untuk mendapatkan info terkini mengenai Perkeso dan caruman mereka, termasuk memohon dan mendaftarkan diri dalam pelbagai inisiatif serta program yang kami laksanakan.

“Dengan segala tawaran dan nilai tambah menarik daripada Majoriti yang akan dibawakan melalui aplikasi ini nanti, pencarum pastinya akan memperoleh manfaat yang lebih meluas hasil daripada kerjasama ini,” ujarnya.

Menggunakan tagline Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisarkan tentang penyediaan berita dan pandangan tidak berat sebelah kepada orang ramai.

Majoriti kini mula menjalinkan kerjasama dengan beberapa rakan kongsi bagi meneruskan usahanya untuk membawakan pelbagai tawaran menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Majoriti, sila layari laman web majoriti.com.my. Untuk Perkeso pula, layari laman sesawang Perkeso https://www.perkeso.gov.my atau hubungi

Careline Perkeso 1-300-22-8000 atau e-mel ke [email protected].

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain