suria

Hanya nasi dan kuah, KPM siasat isu makanan RMT menyedihkan

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat dakwaan bahawa pelajar di bawah Program Makanan Tambahan (RMT) hanya dihidangkan nasi dan kuah.

Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementerian tidak akan berkompromi dalam perkara yang melibatkan kebajikan pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencapaian SPM 2020 lebih baik berbanding tahun 2019 - Radzi Jidin

"Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah RMT,” katanya.

"Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat," ujarnya.

Terdahulu, tangkap layar posting Facebook mendakwa bungkusan nasi dan kuah itu tular di Facebook.

Individu yang berkongsi foto turut mempersoalkan mutu makanan tersebut yang disifatkan sangat menyedihkan.

Untuk rekod, RMT mula dilaksanakan pada tahun 1979 untuk menyediakan makanan harian bagi pelajar miskin di sekolah.

Ia telah ditambah baik pada 2020 dan mempunyai hidangan daripada lebih 20 menu yang disediakan oleh kantin sekolah, berdasarkan saranan daripada Kementerian Kesihatan. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain