suria

Suspek penggal kepala ibu sebab tak dapat duit beli dadah - Polis

Keadaan rumah mangsa di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor.

SEORANG mangsa pembunuhan di Kuala Selangor dipenggal kepala kerana enggan memberikan wang kepada anaknya yang menganggur untuk membeli dadah, kata polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, motif pembunuhan pada Sabtu terbongkar ketika menyiasat suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa pada Sabtu, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine selepas ditahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa penggal kepala ibu, suspek pernah dipenjara kerana peras ugut mangsa pada 2014

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis ibu maut dipenggal anak... suasana hiba, hanya bacaan al-Quran di rumah mangsa

"Siasatan mendapati hanya suspek dan mangsa berada di rumah ketika kejadian," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Isnin.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek pernah ditahan pada 2014 kerana memeras ugut mangsa dan membeli dadah.

Dilaporkan, seorang lelaki dipercayai dalam pengaruh dadah memenggal kepala ibunya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Kakak suspek, yang pergi ke rumah untuk memeriksa ibunya yang gagal dihubungi, mendapati suspek berlumuran darah sebelum melarikan diri.

Wanita itu kemudian menghubungi polis.

Insiden berlaku pada kira-kira pukul 5.45 petang Sabtu.

Polis tiba di lokasi kejadian dan menemui mayat seorang wanita berusia 56 tahun yang berlumuran darah.

Suspek yang merupakan penganggur berusia 28 tahun kemudian berjaya diberkas dengan bantuan penduduk kampung. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain