suria

Ada individu tak divaksin tapi dapat ke luar negara, Malaysia catat 122 kes Omicron setakat ini

Khairy mengumumkan bahawa Malaysia mencatatkan 123 kes baharu Covid-19 Omicron setakat Khamis. Foto: BERNAMA.

SEBANYAK 17 daripada 122 kes Omicron, atau 14 peratus datang daripada individu yang tidak divaksin yang pulang dari luar negara, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

17 individu yang tidak divaksin - 10 warga Malaysia dan tujuh bukan warganegara - adalah antara 122 yang disahkan dijangkiti varian Covid-19 setakat Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ nafi posting viral mengenai status vaksinasi Covid-19

Daripada 17 jangkitan yang diimport, masing-masing empat datang dari United Kingdom, Nigeria dan Emiriah Arab Bersatu.

Baki lima kes datang dari Arab Saudi, Amerika Syarikat, Australia, Ghana dan Ireland.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, KKM sedang berusaha untuk mengenalpasti punca individu itu tidak melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka.

“Jadi, prosedur operasi standard (SOP) telah dilanggar, kerana hanya mereka yang diberi vaksin dibenarkan melakukan perjalanan. Kami akan berbincang dengan kementerian berkaitan untuk memastikan agensi mematuhi SOP kami.

“Kami juga sedang menyemak mengapa mereka tidak diberi vaksin, sama ada atas sebab kesihatan atau kerana mereka enggan,” katanya pada sidang media pada Khamis.

Terdahulu, Khairy mengumumkan bahawa Malaysia mencatatkan 123 kes baharu Covid-19 Omicron setakat Khamis, menjadikan jumlah kumulatif kes varian Omicron di negara ini kepada 245. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain