suria

Budak Rohingya minta sedekah mungkin didalangi sindiket

Polis akan menyiasat kemungkinan kegiatan meminta sedekah oleh kanak-kanak etnik Rohingya didalangi sindiket tertentu.

VIDEO tular memaparkan kanak-kanak etnik Rohingya yang bersikap agresif ketika meminta sedekah di jalanan ternyata mengundang perdebatan ramai.

Selain geram dengan tindakan itu, ada netizen meluahkan rasa sedih dan beranggapan mereka melakukan kerja tersebut kerana didalangi sindiket.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Sedia Terima Pelarian Rohingya

Terbabaru, polis akan menyiasat kemungkinan kegiatan meminta sedekah oleh kanak-kanak etnik Rohingya yang tular di media sosial baru-baru ini didalangi sindiket tertentu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu, namun perkara sebenar akan diketahui selepas tangkapan dan siasatan lanjut dilakukan pihak polis.

Beliau berkata, perbuatan mengemis oleh etnik Rohingya didapati berlaku di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar di negeri lain.

"(Didalangi) sindiket mungkin ada kemungkinan, (tapi) saya tidak boleh sahkan lagi. Mungkin lepas buat tangkapan atau siasatan nanti.

"Kita cuba kumpulkan (maklumat) risikan," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu tular kanak-kanak Rohingya meminta sedekah daripada pemandu kenderaan di tengah kesibukan jalan raya di Kuala Lumpur.

Razarudin berkata, pihaknya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap peminta sedekah tersebut di bawah Akta Pengangkutan Jalan kerana mengganggu keselamatan pengguna, selain menyebabkan kesesakan jalan raya.

Menurutnya, undang-undang di negara ini bukan tertakluk kepada warganegara Malaysia sahaja tetapi kepada sesiapa yang melakukan kesalahan. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain