suria

“Anda boleh semak sendiri” - Abu Zahar jawab dakwaan miliki saham beberapa syarikat

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang bercakap pada sidang media khas di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Foto: Bernama

TAN Sri Abu Zahar Ujang menafikan kononnya beliau memiliki saham dalam beberapa syarikat, seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) itu berkata, beliau tidak memiliki sebarang saham dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Abu Zahar Cemerlang Lancarkan Perjalanan Demokrasi Negara - Najib

"Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana syarikat. Anda boleh menyemaknya sendiri," katanya pada sidang media di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau diminta menjawab dakwaan Edisi Khas yang mendakwanya memiliki beberapa saham dalam beberapa syarikat.

Abu Zahar menjelaskan bahawa dia pernah memiliki firma guaman atas namanya sendiri, dan bertanggungjawab menguruskan syarikat itu.

Bagaimanapun tambah Abu Zahar, beliau bahawa telah menggantung sijil amalan guaman dan menyerahkannya kepada rakan kongsi.

Ini selepas beliau dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam mana-mana syarikat ketika dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada 2010.

"Saya hairan dengan apa yang berlaku sekarang. Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan dan bukan lagi ahli politik," katanya.

Abu Zahar memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara dari April 2010 hingga April 2016. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain