suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KJ nafi posting viral mengenai status vaksinasi Covid-19

Menurut Khairy, dia sudah menerima dua dos vaksin dan suntikan penggalak pada tahun lalu.

PERKONGSIAN tangkap layar di media sosial mengenai status vaksinasi Covid-19 Khairy Jamaluddin menjadi perdebatan ramai sejak Khamis.

Menurut Menteri Kesihatan itu, dia sudah menerima tiga suntikan vaksinasi, sekali gus menafikan dakwaan segelintir individu yang bercakap-cakap mengenai hal tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ jawab dakwaan pakai tangkal ada empat jin untuk lindung diri

"Dalam tangkap layar itu, status janji temu saya dinyatakan sebagai ‘SEDANG DIPROSES’ sementara butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan.

"Untuk makluman, laman sesawang tersebut diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.

"Walau bagaimanapun, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada bulan Oktober 2021, laman sesawang tersebut tidak lagi aktif atau dikemas kini," jelasnya menerusi Facebook.

Jelas Khairy, dia menerima suntikan pertama vaksin CoronaVac keluaran Sinovac pada 18 Mac 2021, diikuti suntikan kedua pada 8 April.

Malah, dia juga sudah menerima suntikan penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September lalu sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menafikan sekali lagi maklumat yang dipaparkan di dalam tangkap layar yang tular tersebut.

"Saya minta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain