suria

Bil air percuma buat isi rumah yang terkesan akibat banjir di KL, Selangor - Air Selangor

Bil air percuma buat mangsa banjir di KL dan Selangor.

ISI rumah yang terkesan akibat banjir di Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini akan diberi pengecualian daripada membayar bil air pada bulan Januari 2022.

Premis yang akan menikmati pengecualian ini mesti berada dalam kategori "domestik", atau Kod Tarif 10, kata Air Selangor dalam satu kenyataan Jumaat (31 Dis).

Ia menambah bahawa pengecualian itu adalah sebahagian daripada pakej bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor iaitu Bantuan Selangor Bangkit.

Ia berkata pengecualian itu akan diberikan secara automatik, dan isi rumah tidak perlu mengisi borang atau sebarang bentuk surat menyurat.

Air Selangor menambah, pengeluaran bil akan diteruskan seperti biasa buat semua pelanggan, namun pelanggan yang layak mendapat pengecualian tidak perlu membayar untuk tempoh berkenaan.

"Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan kami yang terjejas akibat banjir, dan berharap usaha kecil ini dapat membantu mereka," katanya.

Mereka yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi Air Selangor di 15300 atau melalui platform media sosialnya di Facebook, Instagram dan Twitter, selain www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Air Selangor, air, percuma, bil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain