suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bukan fenomena kepala air” - Polis ulas video Air Terjun Lata Berangin ‘mengganas’

Tular video memaparkan insiden kepala air di Air Terjun Lata Berangin. Kredit foto/video: mohdadha17

"IA bukan fenomena kepala air", demikian kata Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamed yang mengulas mengenai satu video tular yang memaparkan fenomena di Air Terjun Lata Berangin, pagi Khamis.

Memetik laporan Malaysiakini, Suzaimi berkata sebaliknya ia adalah fenomena biasa apabila kawasan tersebut menerima hujan lebat, dan bukan fenomena kepala air seperti yang digambarkan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakat-pakat beringat...” - Tular video Air Terjun Lata Berangin mengganas, Kuala Krai mula kena tempias tengkujuh

"Kawasan itu merupakan kawasan air terjun, apabila menerima kadar hujan yang tinggi air akan melimpah dengan lebih banyak berbanding keadaan biasa," katanya ketika dihubungi portal itu.

Terdahulu satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan keadaan Air Terjun Lata Berangin yang dianggap sebagai 'menakutkan'.

Video berdurasi 20 saat itu dimuat naik oleh pengguna, @mohdadha17, di aplikasi TikTok dan Instagram.

Menurut individu yang membuat rakaman video tersebut, situasi berkenaan berlaku pada pukul 10.32 pagi, pada Khamis (30 Disember).

Video air terjun tersebut meraih melebihi 1.6 juta jumlah tontonan setakat malam Khamis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia