suria

Naik lagi... Malaysia rekod 5,806 kes baharu Covid-19

Malaysia merekodkan 5,806 kes baharu Covid-19 pada Khamis.

SEBANYAK 5,806 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis.

Angka terbaharu itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Rabu iaitu 5,439 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Meningkat... Malaysia rekod 5,439 kes baharu Covid-19

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,644,027 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, CovidNow

Artikel Lain