suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah runtuh di jalan Cameron Highlands, kenderaan dipercayai tertimbus

Terdapat kenderaan yang dipercayai tertimbus dalam insiden runtuhan tanah di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. Foto: The Star

SATU insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pada Khamis (2 Disember).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sebuah kenderaan dipercayai tertimbus dalam runtuhan tersebut.

Pihak bomba bagaimanapun masih belum dapat mengenal pasti jumlah penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan.

Anggota bomba sedang berada di tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.44 tengah hari. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain