suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis tak pernah tutup kes, siasatan terhadap Ebit Lew masih berjalan

Siasatan kes Ebit masih diteruskan dan pihak polis sentiasa mengalukan maklumat-maklumat bagi membantu siasatan. Foto: Facebook.

KES tidak pernah ditutup.

Demikian kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berhubung siasatan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah Ebit Lew.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew, isteri dipanggil ke Bukit Aman

"Ingin ditegaskan kes ini tidak pernah ditutup dan tidak pernah ada rujukan untuk NFA.

"Siasatan masih diteruskan dan pihak polis sentiasa mengalukan maklumat-maklumat bagi membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian.

Pada 1 Oktober lalu, Ebit Lew dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi diambil keterangan.

Beliau hadir bersama isterinya untuk disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Ogos lalu Ebit Lew telah dipanggil untuk merakam keterangan percakapannya di Bukit Aman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain