suria

Peniaga diperdaya 'adik ipar' bernama Shauqi, lesap RM1,500

Mangsa memindahkan wang sebanyak RM1,500 secara online kepada lelaki berkenaan.-gambar hiasan/foto:THESTAR

SEORANG lelaki berjaya menipu wang sebanyak RM1,500 daripada seorang peniaga wanita dengan menyamar sebagai adik iparnya dalam kejadian di Rumah Rakyat Rompin di Pahang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang berada di rumah menerima satu panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali iaitu 011-12284996 dan memperkenalkan diri sebagai Shauqi iaitu adik iparnya.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian memberitahu mangsa bahawa dia ada membuat pinjaman dengan Ah Long tetapi tidak mampu membayarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar lesap RM11,000 diperdaya rakan Facebook dalam pelaburan tidak wujud

"Lelaki itu kemudian meminta bantuan pengadu untuk meminjam duit sebanyak RM1,500.

"Sebelum itu, mangsa cuba menghubungi Shauqi di nombor telefon bimbit asal tetapi tidak berjawab. Dia kemudian menghubungi Shauqi di talian 011-12284996 untuk bertanya mengenai wang yang mahu dipinjamnya.

"Mangsa kemudian memindahkan wang sebanyak RM1,500 menerusi perbankan internet Hong Leong Bank ke dalam akaun Maybank bernombor 160149233171 atas nama Elah Ansip Pinjaman Kredit Komuniti Amlesea," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, selepas mangsa memindahkan wang tersebut, dia menerima mesej daripada Shauqi melalui nombor talian sebenar yang menafikan pernah berhubung dengannya untuk meminjam wang.

Berikutan itu, katanya, mangsa membuat laporan polis kerana mengesyaki telah ditipu.

"Siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

1249315

Superintendan Hoo Chang Hook berkata, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang penuntut lelaki berusia 22 tahun dari Kampung Kuala Jempol di sini mengalami kerugian sebanyak RM 3,132 akibat terperdaya dengan pelaburan Turing AI.

Menurut Chang Hook, pelaburan itu berkaitan dengan mata wang kripto antaranya membabitkan TRX, ETH, Tadano, FIL, Litecoin, DOT dan EOS.

Beliau berkata, pengadu mula menyertai pelaburan Turing AI sejak 2 Ogos lalu dan memperoleh maklumat berkaitan pelaburan Turing AI itu daripada kawannya yang belajar di sebuah universiti awam.

"Mangsa memaklumkan bahawa dia akan memperoleh pulangan bagi pelaburan yang dibuat sebanyak RM6,264 pada 10 Disember ini.

"Namun masalah mula timbul pada 18 Oktober apabila laman sesawang pelaburan itu tidak lagi dapat berfungsi dan aplikasi Turing AI juga tidak dapat digunakan.

"Sehingga kini pengadu masih tidak menerima keuntungan dalam pelaburan yang telah disertainya selama ini," ujarnya.

Tambah beliau, semakan pada sistem CCIS mendapati terdapat laporan berkaitan pelaburan itu.

"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," jelas beliau. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain