suria

Meningkat... Malaysia catat 5,726 kes baharu Covid-19, 598 di ICU

Sebanyak 5,726 kes baharu Covid-19 pada Selasa. foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 5,726 kes baharu, pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan keseluruhan 2,442,224 kes setakat ini.

Kes baharu itu menunjukkan peningkatan berbanding 4,782 kes harian pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka semakin menurun! Malaysia catat 4,782 kes Covid-19

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 5,607 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 2,340,390 kes.

"Sehingga kini, terdapat 598 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 308 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow.

Data setiap hari bagi laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain