suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KJ tegur rakan ahli politik tak pakai pelitup muka - “Jangan jadi macam UK”

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

MENTERI Kesihatan sekali lagi menggesa orang ramai agar terus memakai pelitup muka dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Khairy Jamaluddin turut menitipkan pesan itu buat ahli politik yang dilihat bermesyuarat tanpa memakai pelitup muka.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ jawab dakwaan pakai tangkal ada empat jin untuk lindung diri

"Teruskan pakai pelitup muka. Terutamanya ahli politik. Kerap saya lihat gambar rakan setugas bermesyuarat tanpa memakai pelitup muka.

"Ramai ahli politik menghidapi kencing manis, hipertensi dan mungkin obes. Biarpun sudah divaksin, kalau dijangkiti Covid-19, ia pasti tidak menyenangkan," ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Khairy turut memberi contoh kes di United Kingdom (UK) yang mana mereka kini sedang berhadapan gelombang jangkitan baharu.

Ujar Khairy, ia berlaku kerana sikap keras kepala penduduk di sana yang enggan memakai pelitup muka.

"Jangan jadi macam UK. Pakai saja pelitup muka," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

TMJ sembuh daripada Covid-19

Artikel Lain