suria

Tak lengkap dos vaksin, bakal pengantin pulang ke kampung diarah berpatah balik

SJR masih lagi dilaksanakan untuk tujuan pemantauan berkaitan pematuhan SOP. Gambar hiasan

GARA-GARA belum lengkap suntikan dos vaksin Covid-19, sepasang kekasih yang mahu pulang ke kampung untuk mendirikan rumah tangga diarahkan berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Jeli, Kelantan.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pasangan berusia 39 dan 44 tahun itu dipercayai dari Perak menuju ke Pasir Mas turut dikenakan kompaun sebelum diarah berpatah balik pada jam 12 tengah hari Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Golongan anti vaksin tak bebas walau boleh rentas negeri - KJ

Selain pasangan kekasih itu, pihaknya turut mengenakan kompaun kepada 10 lagi individu di Tanah Merah pada awal pagi Jumaat atas kesalahan beriadah tanpa lengkap dua dos vaksinasi.

"Kesemua 12 individu berkenaan dikompaun sebanyak RM2,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.

Shafien sebelum itu membuat pemantauan Ops Pematuhan Covid-19 Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di Pantai Geting, Tumpat.

Tambah Shafien, pihaknya juga menggunakan dua dron untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tumpuan pelancong di negeri tersebut, di mana turut melibatkan kawasan pantai iaitu di Tumpat dan Bachok.

"Penggunaan dron ini adalah untuk membantu memudahkan kerja pemantauan dan untuk kami mengambil tindakan jika berlaku pelanggaran SOP melibatkan kawasan-kawasan berkenaan," jelasnya. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain