suria

Mudah dan selamat! Sejadah pakai buang pertama di Pahang untuk kemudahan musafir

Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan tampil dengan idea sejadah pakai buang untuk kemudahan musafir. Foto: Sinar Harian

PRAKTIKAL, mudah dan selamat!

Itulah kelebihan sejadah pakai buang yang disediakan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang, bagi kegunaan musafir untuk menunaikan solat.

Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Badli Shah Aladdin berkata idea untuk menyediakan kemudahan itu timbul selepas melihat keperluan jemaah yang kebanyakannya dalam kalangan musafir tidak membawa sejadah sendiri.

"Kalau sebelum ini, pihak masjid hanya menyediakan kemudahan seperti menjual sejadah baharu kepada jemaah dengan kadar bayaran minimum RM10 ringgit dan menawarkan sejadah terpakai kepada mereka yang tidak membawa sejadah.

"Tapi kini, kita menyediakan sejadah pakai buang atau 'single use' kepada musafir yang datang dan mahu mengerjakan solat di masjid terbabit.

"Inovasi ini kita ambil daripada masjid di Turki dan Istanbul memandangkan kedua-dua negara ini, banyak menyediakan kemudahan sedemikian kepada para pelancong yang datang ke sana," katanya.

Sejadah diperbuat daripada bahan 'Nonwoven Polypropylene' (NWPP) yang mesra alam itu adalah sumbangan daripada dermawan dan jemaah masjid berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, setakat ini hanya masjid negeri sahaja mengguna pakai kaedah itu dan ia masih belum diperluaskan ke masjid atau surau di Pahang.

Bagaimanapun katanya, melihat kepada situasi kini dengan pandemik Covid-19, penggunaan sejadah ini dilihat menjadi satu keperluan. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain