suria

Selangor, KL, Putrajaya beralih ke Fasa 3... boleh buat majlis rasmi antara kelonggaran baharu diumum PM

Ismail Sabri turut mengumumkan pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya di semua fasa.

KHABAR gembira ini pastinya sudah lama dinanti-nantikan oleh warga Lembah Klang.

Perdana Menteri pada Rabu mengumumkan bahawa Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan beralih ke Fasa 3, berkuatkuasa 1 Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes baharu Covid-19 makin melonjak dengan 12,434 kes, Sarawak kekal tertinggi

Dalam kenyataan itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan Melaka juga akan beralih ke Fasa 3, manakala Kedah akan beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2, juga pada 1 Oktober.

"Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi negeri Kedah, ia bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara," ujar Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik juga telah mengumumkan beberapa ketetapan seperti berikut:

1. Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan bengkel, dibenarkan di negeri Fasa 2 dan Fasa 3, dengan syarat tetamu telah menerima vaksinasi lengkap dan kapasiti 50 peratus ruang premis, manakala 100 peratus kapasiti penuh bagi Fasa 4. Bagi individu yang belum divaksin, perlu menjalani 'preevent test' menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir dengan disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan.

2. Pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya di semua fasa dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan pembukaan institut pengajian tinggi (IPT) berkuatkuasa 15 Oktober 2021.

3. Membenarkan kehadiran penonton/penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4. Kehadiran ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi dengan syarat, penonton/penyokong telah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium. Kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain