suria

Kes baharu Covid-19 makin melonjak dengan 12,434 kes, Sarawak kekal tertinggi

SELANGOR kembali di tangga kedua dengan 1,362 kes. — The Star

KES positif baharu Covid-19 di Malaysia semakin melonjak apabila merekodkan 12,434 kes pada Rabu berbanding 11,332 kes pada Selasa.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes bertambah kepada 2,232,960 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang ‘pergi’ sebelum majlis nikah, selepas setahun baru adik ada kekuatan buka hadiah kahwin pemberian arwah - “Tekaan saya tepat”

ARTIKEL BERKAITAN: Polis temui mayat wanita tak berpakaian, orang awam dakwa bau busuk dari dalam kedai

Sarawak kekal merekodkan jumlah kes tertinggi apabila merekodkan 2,967 kes, diikuti Selangor yang mendaki tangga kedua dengan 1,362 kes.

Johor berada di kedudukan ketiga dengan 1,289 kes disusuli Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000 )

Perak juga mencatatkan peningkatan namun masih dibawah paras seribu dengan 971 kes diikuti Pulau Pinang (863), Pahang (663), Kedah (652), Terengganu (612), Melaka (375), Kuala Lumpur (284) dan Negeri Sembilan (169).

Tiga negeri merekodkan angka dua digit, Perlis 79 kes, Putrajaya (18) dan Labuan (5).

Sementara itu, jumlah keseluruhan kluster telah meningkat kepada 5,462 kluster dengan penambahan 15 kluster baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu 4,338 kluster telah tamat manakala 1,124 lagi masih aktif.

Katanya, kes sembuh telah meningkat dengan rekod 17,000 kes pada Rabu berbanding 14,160 kes semalam.

Peningkatan itu menjadikan jumlah pulih keseluruhan sebanyak 2,037,099 kes.

Jelasnya lagi, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) direkodkan sebanyak 979 kes, manakala 565 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain