suria

Kembali meningkat, 14,554 kes baharu Covid-19 direkod

SARAWAK kembali merekodkan jumlah kes harian tertinggi. — Agensi

SEBANYAK 14,554 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, naik berbanding 13,754 kes yang dicatatkan pada Khamis.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,171,232 kes setakat ini.

Sarawak kembali merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,825 kes diikuti Selangor (2,244), Johor (1,807) dan Sabah (1,273).

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan menerusi kenyataannya pada Jumaat, penggunaan katil bagi bukan unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 16,817 atau 62 peratus manakala untuk ICU adalah 1,518 atau 73 peratus.

Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 16,571 kes sembuh baharu direkodkan pada Jumaat, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 1,950,467.

Selain itu, sebanyak 1,049 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 599 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 20 kluster baharu dicatatkan pada Jumaat menjadikan jumlah kluster kepada 5,389. Daripada jumlah berkenaan, hanya 1,250 kluster masih aktif.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, kes harian, Noor Hisham