suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyebaran video, screenshot mesej di media sosial ganggu siasatan kes pendakwah terkenal

Datuk Seri Abd Jalil Hassan menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat di media sosial.

PENYEBARAN bukti dan maklumat di media sosial melibatkan tuduhan gangguan seksual terhadap seorang pendakwah selebriti boleh mengganggu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, maklumat itu seharusnya disalurkan terus kepada polis dan bukannya disebarkan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Screenshot sembang lucah, panggilan video aksi tak sopan tersebar... sekali lagi Ebit Lew dikaitkan!

"Kami telah membuka siasatan berkaitan dengan penyebaran video dan mesej lucah kerana ia mengganggu siasatan kami.

"Kami mendesak masyarakat untuk menghormati siasatan yang sedang dilakukan oleh polis," katanya pada sidang media di markas polis Gombak pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat di media sosial.

"Berikan maklumat terus kepada polis supaya kami dapat menyelesaikan siasatan (yang melibatkan pendakwah) dan merujuk perkara itu ke Jabatan Peguam Negara.

"Kami mengharapkan kerjasama orang ramai dalam perkara ini," katanya.

Dilaporkan pada Khamis, polis telah membuka siasatan berikutan penyebaran video dan mesej yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang pendakwah selebriti.

Ujar beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

"Polis menasihatkan (orang ramai) untuk menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan tidak menggunakan platform untuk mengganggu keharmonian negara," katanya.

Baru-baru ini, video dan mesej yang dikatakan oleh pendakwah terkenal telah tersebar di Telegram.

Dalam video tersebut, seorang lelaki dapat dilihat melakukan aksi tidak senonoh dihadapan kamera. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain