suria

Sedang tunggu tawaran negara ketiga, PDRM minta keluarga nasihat Sajat balik hadapi pertuduhan

PDRM kini dalam proses permohonan ekstradisi terhadap Nur Sajat.

KISAH mengenai usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat hangat diperkatakan selepas dia ditahan di Thailand pada 8 September lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses permohonan ekstradisi terhadap Nur Sajat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Sajat ditahan di Thailand, usaha bawa pulang giat dijalankan - PDRM

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, PDRM menasihati keluarga Nur Sajat supaya membantu memujuk usahawan kosmetik itu pulang ke tanah air.

"Kami yakin keluarga Nur Sajat boleh membantu PDRM untuk memujuknya pulang ke tanah air," kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Selangor pada Jumaat.

Beliau berkata, Nur Sajat, 36, ditahan oleh pihak Imigresen Thailand kerana memiliki pasport tidak sah.

"Nur Sajat kini menggunakan nama samaran Bella dan berjaya mendapat kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Orang Pelarian (UNHCR).

"Nur Sajat sedang menunggu tawaran negara ketiga bagi membantunya ditempatkan di negara tersebut," katanya.

Muhammad Sajjad dikehendaki di negara ini atas beberapa kes antaranya menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan dan menghalang penjawat awam menjalankan kewajipan selain kes penipuan pertukaran nama dan jantina.

Beliau turut dikehendaki selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke prosiding sebutan semula kes pertuduhan melibatkan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain