suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Sarawak kekal catat kes harian tertinggi, 18,547 jangkitan baharu seluruh negara

Sebanyak 18,547 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 18,547 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,880,734 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 252,002 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 18,547 kes baharu yang dilaporkan, 18,529 kes merupakan penularan tempatan manakala 18 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes harian Sarawak paling tinggi! Malaysia catat 17,352 kes baharu Covid-19

Sarawak masih mendahului jumlah kes harian tertinggi dengan 3,200 kes diikuti Selangor (2,407), Johor (2,174) dan Sabah (2,107).

Perlis merekodkan 20 kes manakala Labuan merekodkan empat kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 311 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,802 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 18,902 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,609,930 kes.

"Sehingga kini, terdapat 977 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 447 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia