suria

Kes harian Sarawak paling tinggi! Malaysia catat 17,352 kes baharu Covid-19

Sarawak mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 17,352 kes baharu, pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 1,862,187 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 252,668 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 20,396 jangkitan baharu di seluruh negara, 336 angka korban

Sarawak melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,714 kes, diikuti Selangor (2,126), Johor (2,101) Sabah (1,844), Kedah (1,599) dan Pulau Pinang (1,558).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 272 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,491 kes," katanya, petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 20,201kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,591,028 kes.

"Sehingga kini, terdapat 975 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 435 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain