suria

Covid-19: 20,396 jangkitan baharu di seluruh negara, 336 angka korban

Sebanyak 20,396 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Ahad.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 20,396 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,844,835 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 255,789 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 20,396 kes baharu yang dilaporkan, 20,388 kes merupakan penularan tempatan manakala lapan kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,886 kes diikuti Sarawak (3,747), Johor (2,165), Sabah (2,136) dan Pulau Pinang (1,961).

Perlis merekodkan 78 kes manakala Labuan merekodkan empat kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 336 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,219 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 20,573 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,570,827 kes.

"Sehingga kini, terdapat 959 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 436 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain